Thursday, November 26, 2009

Wednesday, November 25, 2009

Salaam 'Eidul Adha 1430H kepada seluruh umat Islam



Maaf zahir & batin
Kullu 'aam wa antum bikhoir

Sunday, November 15, 2009

DMPKPP telah menjangkau usia 2 dekad

NANTIKAN!

Sambutan Dua Dekad Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh
yang akan diadakan pada
9 Januari 2010
bertempat di
Tapak Ekspo Seberang Jaya

  • Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik akan dihidangkan sepanjang hari dari pagi hingga ke malam.
  • Kami menjemput semua masyarakat tanpa mengira agama, bangsa, latar belakang, fahaman dsb.
  • Kosongkan tarikh tersebut, dan datanglah beramai-ramai memeriahkan acara sambutan 2 Dekad DMPKPP :)
"Muslimat Mendepani cabaran Global"

Saturday, November 14, 2009

Sunday, November 1, 2009

Bantuan kepada mangsa kebakaran di Permatang Tengah

Pada hari sabtu 31 Oktober 2009, wakil-wakil dari DMPKPP yang terdiri daripada Ketuanya Pn. Suraiya Mohd. Saat bersama AJK2 iaitu Cik Mazlina Jamaludin dan Cik Faridah Mohd Noordin telah melakukan lawatan segera menemui mangsa rumah yang terbakar pada hari yang sama di Permatang Tengah, berdekatan masjid Permatang Janggus.

Kejadian kebakaran tersebut berlaku pada hari sabtu lepas, 31 Oktober 2009, lebih kurang jam 11.30 tengahari. Rumah tersebut terbakar hampir 80%-90%.

Rumah jiran turut terkena tempias api yang marak membakar.

Jiran sebelah rumah mangsa yang rumahnya turut mengalami kerosakan akibat kebakaran, menceritakan detik-detik kejadian yang mencemaskan.

Kami menemui Pn. Lasiah juga merupakan seorang ibu tunggal yang kini menetap sementara di rumah saudaranya di kawasan yang berhampiran dengan rumahnya yang terbakar. Beliau menceritakan bagaimana kejadian tersebut berlaku. Kebakaran berpunca daripada cucunya yang bermain api seorang diri di tingkat atas rumah.

Sedikit sumbangan wang ringgit yang diserahkan oleh ketua Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh, Pn. Suraiya Mohd. Saat. DMPKPP juga akan menyerahkan sumbangan susulan kepada Pn. Lasiah berbentuk barang-barang keperluan dan pakaian, bagi meringankan beban yang ditanggung oleh Pn. Lasiah sekeluarga