Thursday, November 26, 2009
Wednesday, November 25, 2009
Sunday, November 15, 2009
DMPKPP telah menjangkau usia 2 dekad
NANTIKAN!

Sambutan Dua Dekad Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh
yang akan diadakan pada
9 Januari 2010
bertempat di
Tapak Ekspo Seberang Jaya
- Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik akan dihidangkan sepanjang hari dari pagi hingga ke malam.
- Kami menjemput semua masyarakat tanpa mengira agama, bangsa, latar belakang, fahaman dsb.
- Kosongkan tarikh tersebut, dan datanglah beramai-ramai memeriahkan acara sambutan 2 Dekad DMPKPP :)
"Muslimat Mendepani cabaran Global"
Saturday, November 14, 2009
Sunday, November 1, 2009
Bantuan kepada mangsa kebakaran di Permatang Tengah
Pada hari sabtu 31 Oktober 2009, wakil-wakil dari DMPKPP yang terdiri daripada Ketuanya Pn. Suraiya Mohd. Saat bersama AJK2 iaitu Cik Mazlina Jamaludin dan Cik Faridah Mohd Noordin telah melakukan lawatan segera menemui mangsa rumah yang terbakar pada hari yang sama di Permatang Tengah, berdekatan masjid Permatang Janggus.

Kejadian kebakaran tersebut berlaku pada hari sabtu lepas, 31 Oktober 2009, lebih kurang jam 11.30 tengahari. Rumah tersebut terbakar hampir 80%-90%.

Jiran sebelah rumah mangsa yang rumahnya turut mengalami kerosakan akibat kebakaran, menceritakan detik-detik kejadian yang mencemaskan.

Kami menemui Pn. Lasiah juga merupakan seorang ibu tunggal yang kini menetap sementara di rumah saudaranya di kawasan yang berhampiran dengan rumahnya yang terbakar. Beliau menceritakan bagaimana kejadian tersebut berlaku. Kebakaran berpunca daripada cucunya yang bermain api seorang diri di tingkat atas rumah.

Sedikit sumbangan wang ringgit yang diserahkan oleh ketua Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh, Pn. Suraiya Mohd. Saat. DMPKPP juga akan menyerahkan sumbangan susulan kepada Pn. Lasiah berbentuk barang-barang keperluan dan pakaian, bagi meringankan beban yang ditanggung oleh Pn. Lasiah sekeluarga
Subscribe to:
Posts (Atom)