Wednesday, August 25, 2010

IHYA RAMADHAN

Program Ihya Ramadhan bagi kawasan Permatang Pauh akan diadakan pada 28hb Ogos 2010 (Sabtu) di Masjid Mengkuang Semarak bermula pukul 8.30 pagi. Tazkirah akan disampaikan oleh Ust Sulhi dari PUZ.

Remaja dan muslimat dijemput hadir.

Friday, August 20, 2010

PROGRAM BUBUK LAMBUK

1. 22hb Ogos 2010 (Ahad) di Markas UPU Permatang Tengah
2. 29hb Ogos 2010 (Ahad) di Markas PAS Kampung Petani
3. 29hb Ogos 2010 (Ahad) di Balai Islam Kampung Paya

Saturday, August 14, 2010

PROGRAM BUBUR LAMBUK DI PERMATANG PASIR





RAMADHAN AL-MUBARAK

Bulan Ramadhan tiba lagi. Inilah bulan yang memberi kita peluang untuk membersihkan diri, menambahkan catatan amal kebajikan dan menghapuskan segala dosa. Al-Hamdulillah kita dapat bertemu bulan yang penuh rahmat pada tahun ini. Janganlah lepaskan peluang keemasan ini kerana nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud,"Celakalah orang yang dapat bersama Ramadhan tetapi dosanya tidak diampun oleh Allah".

Oleh itu kita utamakan amal ibadah di dalam bulan Ramadhan ini seperti sembahyang Tarawikh, membaca al-Quran, Qiamulail, berzikir dan sebagainya. Elakkan diri dari melakukan amalan-amalan yang boleh membatal dan mengurangkan pahala puasa.

Selamat berpuasa dari Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh.

Friday, July 23, 2010

KURSUS PENGUCAPAN AWAM

Tarikh: 25hb Julai 2010 (Ahad)

Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang

Tempat: Pusat Pengajian An-Nahdhoh, Kubang Semang

Penganjur: Lujnah Penerangan Dan Dakwah, Dewan Muslimaat PAS Negeri Pulau Pinang

Monday, May 10, 2010