Saturday, August 14, 2010

RAMADHAN AL-MUBARAK

Bulan Ramadhan tiba lagi. Inilah bulan yang memberi kita peluang untuk membersihkan diri, menambahkan catatan amal kebajikan dan menghapuskan segala dosa. Al-Hamdulillah kita dapat bertemu bulan yang penuh rahmat pada tahun ini. Janganlah lepaskan peluang keemasan ini kerana nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud,"Celakalah orang yang dapat bersama Ramadhan tetapi dosanya tidak diampun oleh Allah".

Oleh itu kita utamakan amal ibadah di dalam bulan Ramadhan ini seperti sembahyang Tarawikh, membaca al-Quran, Qiamulail, berzikir dan sebagainya. Elakkan diri dari melakukan amalan-amalan yang boleh membatal dan mengurangkan pahala puasa.

Selamat berpuasa dari Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh.

No comments:

Post a Comment