Sunday, June 28, 2009

PROGRAM HI-TEA BERSAMA TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh akan menganjurkan program Hi-Tea bersama Naib Presiden PAS, Ust Tuan Ibrahim Tuan Man pada 2hb Julai 2009 di An-Nahdhoh Inn. Tujuan diadakan program ini adalah untuk mengumpulkan dana bagi Pilihanraya Kecil Manek Urai, Kelantan. Kupon yang berharga RM 5.00 boleh diperolehi dari Setiausaha DMPK Permatang Pauh, Puan Rafidah Razak , tel: 013-4897578.

PROGRAM TAKLIMAT ORGANISASI DAN PILIHANRAYA

Pada hari ini telah diadakan program HALWA di Sekolah Arab Rahmaniah, Permatang Pasir. Puan Suraya dan Puan Salmah telah memberikan taklimat berkenaan dengan organisasi di dalam HALWA di bawah MTD dan teknik-teknik dalam urusan rayu undi. Program ini telah dihadiri oleh muslimat daripada UPU seluruh DUN Permatang Pasir. Turut hadir ialah wakil MTD Permatang Pasir dan UPU (muslimin). Program bermula pada pukul 3.30 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.

Friday, June 26, 2009

"Asma'u Allah"



Asma’u ALLAH the Names of GOD

Raheem MERCIFUL
Kareemun GENEROUS
Adeem MAGNIFICENT
Aleemun ALL-KNOWING
Haleem FORBEARING ONE
Hakeemun PERFECTLY WISE
Mateen FIRM ONE

Mannan BENEFACTOR
Rahmaanun BENEFFICENT
Fattah OPENER
Gaffarun GREAT FORGIVER
Tawwab ACCEPTER OF REPENTANCE
Razzaqun SUSTAINER
Shaheed WITNESS

Allahuma salli ala Muhammad wa ali Muhammad
O GOD send Your Peace and Blessings on Muhammad and his family

Ya Muslimeen sallu alayhi
O Muslims send your peace and blessings upon him

Allahuma salli ala Muhammad wa sahbi Muhammad
O GOD send Your Peace and Blessings on Muhammad and his companions

Ya Mu’mineen sallu alayhi
O Believers send your peace and blessings upon him

Lateef SUBTLE ONE
Khabeerun ALL-AWARE
Sami’ ALL-HEARING
Baseerun ALL-SEEING
Jaleel SUBLIME ONE
Raqeebun WATCHFUL
Mujeeb RESPONSIVE
Gafuur ALL-FORGIVING
Shakuurun APPRECIATIVE
Waduud LOVING ONE
Qayuumun SELF-SUBSISTING ONE
Ra’uuf KIND
Sabuurun PATIENT ONE
Majeed MOST GLORIOUS ONE

Allahuma salli ala Muhammad wa ali Muhammad
O GOD send Your Peace and Blessings on Muhammad and his family

Ya Muslimeen sallu alayhi
O Muslims send your peace and blessings upon him

Allahuma salli ala Muhammad wa sahbi Muhammad
O GOD send Your Peace and Blessings on Muhammad and his companions

Ya Mu’mineen sallu alayhi
O Believers send your peace and blessings upon him

Allahu Akbar GOD is THE GREASTEST
La Ilaha illa hu There is no GOD but ALLAH
Al Maliku The SOVEREIGN LORD
Al Quddusu The HOLY ONE
La Ilaha illa hu There is no GOD but ALLAH
Arrahmanu The COMPASSIONATE
Arraheem The MERCIFUL

Allahu Akbar GOD is THE GREASTEST
Ya Rahman irham da’fana
O COMPASSIONATE, have mercy upon us

Allahu Akbar GOD is THE GREASTEST
Ya Ghaffaru ighfir dhunubana
O GREAT FORGIVER, forgive our sins

Allahu Akbar GOD is THE GREASTEST
Ya Sattaru ustur ‘uyubana
O CONCEALER, conceal our faults

Allahu Akbar GOD is THE GREASTEST
Ya Mu’izu a’izza ummatana
O BESTOWER OF HONOUR, value our Ummah (nation)

Allahu Akbar GOD is THE GREASTEST
Ya Mujibu ajib du’aana
O RESPONSIVE, grant us our supplication

Allahu Akbar GOD is THE GREASTEST
Ya lateefu ultuf bina
O SUBTLE ONE, be gracious to us
Jom kita menyebut nama-nama ALLAH

Saturday, June 13, 2009

Gambar-Gambar Rombongan Ke Mukmatar PAS Yang Ke 55 Di Shah Alam


Di luar Stadium Malawati


Di luar Stadium Malawati

Di luar Stadium Malawati


Sarapan pagi di Masjid Lapangan Terbang, Subang.

Masjid Lapangan Terbang, Subang



Di perkarangan Masjid Airport



Gambar di dalam bas



Gerai Jualan


Gambaran dari dalam Stadium


Menjamu selera


Sarapan pagi ditaja oleh PAS Cawangan Kg Melayu Subang

Bersiap untuk ke Shah Alam

Mendengar Ucapan Penggulungan






Friday, June 5, 2009

Mesyuarat Khas Rombongan Muktamar PAS Di PASTI Sg Semambu









PREFACE

Al-Hamdulillah, praise be upon Allah S.W.T., because of His Love and Compassionate, we are honored with Islam, the true religion and follow its teachings. Salawat and Salam to our beloved Prophet Muhammad s.a.w., his family and all his sahabat.

With the existent of this blog, the information unit can tell everyone on all our activities done by DMPKPP and we can share our experience with the public on our struggle in PAS to achieve victory with our allied partner (Pakatan Rakyat). It its hope that all peoples regardless of race and religion can benefited this information provided in this blog and we are welcome any response and good comments to improve our performance.
Beside that we plan to provide consultation to any women who have difficulty and dilemma in their life and we try to give the best solution through this medium.

Based on the present trend of peoples support to Pakatan Rakyat since 12th general election in 2008, we realize that we have to work harder to show that we are better political group in promoting good governance and integrity. Finally we thank to all member and supporters for giving cooperation to PAS and Pakatan Rakyat in achieving what we having so far.


Rozita Binti Samsudin
Chief of Information Unit
DMPKPP
Program terkini DMPKPP.

Rombongan ke sidang Muktamar PAS di Shah Alam pada 7hb Jun 2009 (Ahad).
DMPKPP telah menyediakan sebuah bas yang akan bertolak pada malam Ahad, pukul 10.30 pm dari Masjid Batu. Ia dijangka tiba sebelum subuh di Masjid Lapangan Terbang Subang. Rombongan akan disambut oleh muslimat PAS Cawangan Kg Melayu Subang. Mereka akan menyediakan tempat persalinan dan sarapan pagi di masjid tersebut. Rombongan akan bertolak ke Stadium Malawati, Shah Alam untuk dalam pukul 8.30 pagi. Rombongan akan pulang ke Pulau Pinang setelah ucapan penggulungan oleh Presiden PAS dan berakhirnya Muktamar PAS yang ke 55 pada lewat petang.

Thursday, June 4, 2009

PRAKATA KETUA PENERANGAN

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji dirafa'kan kepada Ilahi atas limpah rahmat, kurnia dan inayah-Nya. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., kaum keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Kita bersyukur kepada Allah Azza Wajalla kerana dapat melahirkan laman blog DMPKPP yang mana pada tahun ini genaplah usainya 20 tahun menjadi sayap kiri kepada PAS Kawasan Permatang Pauh. Penubuhannya diusulkan oleh Almarhum Tuan Haji Zabidi Ali, yang mana pada masa itu beliau adalah AJK PAS Pusat. Beliau berasal dari Permatang Pauh.

Untuk kesinambungan itu muslimat mestilah mengambil pelajaran, tauladan dan pengorbanan muslimat yang terdahulu untuk merentasi perjuangan Kalimah Allah. Muslimat mempunyai objektif yang sangat besar untuk merealisasikan sesuatu kekuatan baru dalam gerak kerja dengan lebih profesional dan tersusun.

Firman Allah yang bermaksud;
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang dijalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (as-Saf)
Marilah kita sama-sama memohon pertolongan Allah S.W.T. agar diberi kekuatan dan istiqamah untuk mendepani dan mendukung perjuangan mardhatillah.
Akhir kata ucapan terima kasih kepada Ketua Lujnah Penerangan, Setiausaha dan seluruh Ahli Jawatankuasa di atas usaha yang telah diberikan sehingga terbentuknya laman blog Lujnah Penerangan DMPKPP. Syabas kepada yang terlibat dan jadikanlah sebagai satu usaha untuk mengenengah dan melebarkan penerangan di kalangan masyarakat, dengan secara langsung mengajak masyarakat mendekati PAS di Permatang Pauh.
Sekian, terima kasih. Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatu.
Ketua Penerangan DMPKPP
Salmah Jaafar

Monday, June 1, 2009

MUQADDIMAH DARI KETUA MUSLIMAT

Dengan Lafaz Bismilah......
blog ini dirasmikan........

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah dalam ruangan DMPKPP menerusi Lujnah Penerangan dan Hal Ehwal Luar tampil untuk lebih mendekati khususnya di kalangan wanita. Dalam usia yang ke 20 tahun , DMPKPP telah banyak melalui tribulasi perjuangan. Ibarat nelayan yang meredah lautan tanpa tepian walau dilanda gelora, namun perjuangan tetap diteruskan demi generasi yang akan datang. Berbekalkan matlamat mendaulatkan Islam di mukabumi ini, muslimat tanpa ragu-ragu memilih wadah PAS sebagai landasan untuk melangkah sebagai jundiyah. Namun tidak semudah apa yang dilihat, memang adat perjuangan pasti ada rintangan. Karenah mehnah perjuangan tidak mematahkan semangat juang kerana kita semua telah dibimbing oleh mereka yang terdahulu seperti Hajjqah Che Amah Bin Talib, mantan Ketua Muslimat dalam era 1980an hingga 1990an. Beliau tidak pernah kenal erti putus asa dalam membimbing muslimat hingga membuka mata kami erti kehidupan perjuangan ini. Komitmen dalam melaksanakan tugas bukan hanya pada kerja dalaman parti semata-mata, malah kini muslimat telah melangkah jauh dari itu. Banyak masalah sosial dalam kehidupan wanita telah disandarkan di bahu muslimat. Marilah kita sama-sama mengembeling tenaga khususnya dari kalangan wanita untuk terus membantu dan membimbing ke arah kehidupan yang sejahtera.
Suraya Mohd Saat
Ketua Dewan Muslimat PAS
Permatang Pauh