Monday, June 1, 2009

MUQADDIMAH DARI KETUA MUSLIMAT

Dengan Lafaz Bismilah......
blog ini dirasmikan........

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah dalam ruangan DMPKPP menerusi Lujnah Penerangan dan Hal Ehwal Luar tampil untuk lebih mendekati khususnya di kalangan wanita. Dalam usia yang ke 20 tahun , DMPKPP telah banyak melalui tribulasi perjuangan. Ibarat nelayan yang meredah lautan tanpa tepian walau dilanda gelora, namun perjuangan tetap diteruskan demi generasi yang akan datang. Berbekalkan matlamat mendaulatkan Islam di mukabumi ini, muslimat tanpa ragu-ragu memilih wadah PAS sebagai landasan untuk melangkah sebagai jundiyah. Namun tidak semudah apa yang dilihat, memang adat perjuangan pasti ada rintangan. Karenah mehnah perjuangan tidak mematahkan semangat juang kerana kita semua telah dibimbing oleh mereka yang terdahulu seperti Hajjqah Che Amah Bin Talib, mantan Ketua Muslimat dalam era 1980an hingga 1990an. Beliau tidak pernah kenal erti putus asa dalam membimbing muslimat hingga membuka mata kami erti kehidupan perjuangan ini. Komitmen dalam melaksanakan tugas bukan hanya pada kerja dalaman parti semata-mata, malah kini muslimat telah melangkah jauh dari itu. Banyak masalah sosial dalam kehidupan wanita telah disandarkan di bahu muslimat. Marilah kita sama-sama mengembeling tenaga khususnya dari kalangan wanita untuk terus membantu dan membimbing ke arah kehidupan yang sejahtera.
Suraya Mohd Saat
Ketua Dewan Muslimat PAS
Permatang Pauh

No comments:

Post a Comment