Thursday, June 4, 2009

PRAKATA KETUA PENERANGAN

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji dirafa'kan kepada Ilahi atas limpah rahmat, kurnia dan inayah-Nya. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., kaum keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Kita bersyukur kepada Allah Azza Wajalla kerana dapat melahirkan laman blog DMPKPP yang mana pada tahun ini genaplah usainya 20 tahun menjadi sayap kiri kepada PAS Kawasan Permatang Pauh. Penubuhannya diusulkan oleh Almarhum Tuan Haji Zabidi Ali, yang mana pada masa itu beliau adalah AJK PAS Pusat. Beliau berasal dari Permatang Pauh.

Untuk kesinambungan itu muslimat mestilah mengambil pelajaran, tauladan dan pengorbanan muslimat yang terdahulu untuk merentasi perjuangan Kalimah Allah. Muslimat mempunyai objektif yang sangat besar untuk merealisasikan sesuatu kekuatan baru dalam gerak kerja dengan lebih profesional dan tersusun.

Firman Allah yang bermaksud;
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang dijalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (as-Saf)
Marilah kita sama-sama memohon pertolongan Allah S.W.T. agar diberi kekuatan dan istiqamah untuk mendepani dan mendukung perjuangan mardhatillah.
Akhir kata ucapan terima kasih kepada Ketua Lujnah Penerangan, Setiausaha dan seluruh Ahli Jawatankuasa di atas usaha yang telah diberikan sehingga terbentuknya laman blog Lujnah Penerangan DMPKPP. Syabas kepada yang terlibat dan jadikanlah sebagai satu usaha untuk mengenengah dan melebarkan penerangan di kalangan masyarakat, dengan secara langsung mengajak masyarakat mendekati PAS di Permatang Pauh.
Sekian, terima kasih. Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatu.
Ketua Penerangan DMPKPP
Salmah Jaafar

No comments:

Post a Comment