Wednesday, October 28, 2009

MEMOHON SUMBANGAN PROGRAM 2 DEKAD


No. Pendaftaran: PPM/PG.26/25-03744

DEWAN

MUSLIMAT PAS

KAWASAN PMTG. PAUH

Ruj. Kami : DMPKPP 06/2009

Tarikh : 8 Zulka’edah 1430 H / 27 Oktober 2009

Kepada

..........................................................

..........................................................

ﺍﻠﺴﻼﻢ ﻋﻠﻳﻜﻢ ﻮﺮﺤﻤﺔ ﺍﻠﻠﻪ ﻮﺒﺮﻜﺎﺗﻪ

BUKU CENDERAHATI SEMPENA SAMBUTAN 2 DEKAD DMPKPP

Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian Tuan/Puan berkenaan perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh (DMPKPP) akan mengadakan majlis Sambutan Dua Dekad DMPKPP pada 9 Januari 2010, bertempat di Tapak Ekspo Seberang Jaya, bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 malam.

3. Di antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan adalah seperti pameran dari lujnah-lujnah, pameran dari muslimat cawangan-cawangan dan NGO, pameran kesihatan dan derma darah, sesi dialog dan pertunjukan teater.

4. Sehubungan dengan itu, DMPKPP mengalu-alukan sumbangan dari pihak Tuan/Puan dan kami juga membuka ruangan untuk pengiklanan dalam buku cenderahati disamping menyumbang untuk program tersebut. Kadar iklan ialah seperi berikut:

½ muka surat (1/4 saiz kertas A4) : RM50.00

1 muka surat (1/2 saiz kertas A4) : RM100.00

2 muka surat (saiz 1 muka kertas A4) : RM200.00

5. Kami menyediakan pasukan untuk merekaletak iklan dari pihak Tuan/Puan. Sebarang pertanyaan atau urusan sumbangan dan pengiklanan, boleh menghubungi Cik Mazlina Jamaludin (019-4576043 atau e-mail ke mazerq@yahoo.com). Sumbangan juga boleh dimasukkan ke akaun Bank Islam DMPKPP dengan no. 07016010028483.

Perhatian dan sumbangan tuan/puan didahului dengan Jazakumullahu Khairan Kathira.

Sekian, Wassalam.

ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN

"Menyemarak Kemenangan, Menyatu Padu Rakyat”

Yang menjalankan amanah,

.............................

RAFIDAH ABDUL RAZAK

Setiausaha DMPKPP

013-4897578

Tuesday, October 27, 2009

Wednesday, October 7, 2009

Saturday, October 3, 2009

BAHASA JIWA BANGSA





TARIKH:3HB OKTOBER 2009
TEMPAT : MASJID BATU
MASA 5.00PTG

PROGRAM:KULIAH ASAR DAN SESI BACA PUISI BERSAMA PENYAIR PAKSI, 2PNP DAN JEMPUTAN.

TEMA: BAHASA JIWA BANGSA

Bertempat diMasjid Batu, program baca puisi (syair & sajak ) telah menyentuh perasaan dan membakar semangat perjuangan sekaligus menentang pemerintahan yang mengkianati amanah rakyat.

Majlis dimulakan dengan tazkirah Asar oleh Ustaz Azmi Hamid.
Diantara intisari yang dapat dikongsi bersama:
1. Bersegera mentaati Allah
2. Berusaha membina sebuah negara yang takutkan Allah
3. Pemerintahan yang zalim tidak boleh dibiarkan
4. Jika melakukan ibadah untuk sorga maka akan dapat sorga, jika melakukan sesuatu (kebajikan/pekhidmatan)kerana Allah maka kamu akan mendapat keredaan Allah
5. Sokongan yang padu pada perjuangan Pak Samad Said.

Program ini juga mendapat sokongan dari teman-teman kaum Cina (dari KL) yang menyokong tuntutan masuhkan PPSMI

"UNTUK MAJUKAN SESUATU BANGSA HENDAKLAH MAJUKAN BAHASANYA TERLEBIH DAHULU"

SAJAK DAN SYAIR DISAMPAIKAN OLEH:
1. SDR DINMAN
2. PAK SALLEH
3.USTAZ AZIZI
4.SDR TARMIZI
5. DR. IBRAHIM
6.SDR ADNAN-setiausaha politik Tn. Guru Nik Aziz

Majlis diserikan lagi dengan ucapan ringkas oleh Sdr Lee Bon Cheng (Malaysiakini - Ruangan Bumi dipijak)

Friday, September 18, 2009

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam khususnya muslimin dan muslimat di parlimen Permatang Pauh. Semoga ibadah dan perjuangan kita di sepanjang bulan Ramadhan diterima Allah. Mudah-mudahan Allah S.W.T. memberi kekuatan kepada kita untuk meneruskan perjuangan terutamanya dalam menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang, di Negeri Sembilan.

Sunday, September 13, 2009

JELAJAH JALINAN KASIH






















Program Jelajah Jalinan Kasih Anjuran DMPKPP di Cawangan Taman Guar Perahu, Guar Jering,Kuala Mengkuang dan Guar Jering.

JELAJAH JALINAN KASIH DUN PERMATANG PASIR

Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh hari ini telah mengadakan program Jelajah Jalinan Kasih di seluruh kawasan parlimen Permatang Pauh. Dalam program ini, petugas muslimat telah menghantar bantuan wang ringgit, beras dan kuih raya terus ke rumah-rumah fakir miskin, orang kurang upaya, warga emas dan ibu tunggal yang susah, orang yang mengidap berbagai jenis penyakit yang kekal dan sebagainya.
Rombongan DMPKPP yang diketuai oleh Puan Fadhilah mengunjungi seorang ibu tunggal di Kg Kota, Permatang Pasir.

Puan Fadilah sedang menyerahkan kuih raya dan beras kepada penerima.

Rumah sasaran di Kg Kota, Permatang Pasir.

Kumpulan yang diketuai oleh Puan Fadhilah terdiri dari tiga buah kenderaan.

Sebuah rumah lagi di Kg Kota.

Seorang remaja istimewa dikunjungi muslimat.

Puan Fadhilah sedang menyerahkan duit raya kepada seorang ibu tunggal di Kg Kota.

Menziarahi sebuah rumah di Permatang Rambai, Permatang Pasir.

Puan Fadhilah sedang menyerahkan kuih raya kepada seorang ibu tunggal di Permatang Rambai.

Rombongan muslimat di Kepala Bukit

Setiausaha MTD Permatang Pasir, Sdr Mohtar turut serta mengiringi rombongan muslimat sedang menyerahkan bantuan kepada seorang lelaki yang uzur di Kepala Bukit.

Muslimat sanggup merempuh becak semata-mata untuk bertemu dengan rakyat yang memerlukan bantuan.

Di Bukit Indera Muda

Bersama ibu tunggal di Bukit Indera Muda

Ceria menerima kunjungan muslimat.
Sebuah rumah yang agak daif di Bukit Indera Muda.
Tuan rumah mempersilakan rombongan muslimat.
Keadaan dinding rumah yang perlu diperbaiki dengan segera
Tuan rumah sudi menerima sumbangan yang tidak seberapa.
Terus menjelajah dengan berjalan kaki di Bukit Indera Muda.
Warga emas menerima sumbangan.
Puan Fadhilah mencatit maklumat setiap rumah yang dikunjungi.
Bantuan tidak dilupakan kepada semua yang susah.
Dua buah rumah yang menerima tetamu dari DMPKPP di Bukit Indera Muda.

Sebuah lagi rumah di Bukit Indera Muda
Sebuah lagi di Bukit Indera Muda.
Ibu yang malang ini telah hilang penglihatan setelah dibedah kerana mengidap penyakit kanser dalam otak. (Bukit Indera Muda)
Bergambar di Bukit Indera Muda
Menziarahi rumah seorang warga emas/ibu tunggal di Kg Petani.

Ibu tunggal ini bersama anaknya yang baru kehilangan pekerjaan serta uzur menerima sumbangan.
Sebuah lagi rumah sasaran di Kg Petani.

Berbual dengan penerima bantuan (Kg Petani)
Anak yang malang ini yang berumur 9 tahun telah terencat akal setelah dibedah di bahagian mulut (Kg Petani)
Seorang penerima bantuan di Kg Pelet.
Berada di sebuah rumah di Kg Pelet. Puan Fadhilah sedang meyampaikan buah tangan kepada seorang warga emas (Kg Pelet)
Sebuah rumah lagi di Kg Pelet.

Kanak-kanak ceria menerima tetamu istimewa.

Seorang ibu tunggal yang juga pesakit buah pinggang gembira menerima sumbangan muslimat.

Pasangan suami isteri yang serba kekurangan. Sang suami uzur dan tidak mampu bekerja kuat (Kg Pelet).
Sebuah keluarga menerima kunjungan muslimat di Kg Pelet.

Menerima duit raya.
Seorang gadis yang bisu menerima tetamu istimewa di Kg Pelet.

Rumah terakhir dikunjungi di Kg Pelet kira-kira hampir pukul 2.00 petang

Petugas-petugas muslimat mendapat pengalaman yang paling bermakna hari ini setelah menjelajah beberapa kampung dari pukul 9.00 pagi sehingga 2.00 petang. Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang menderita akibat kemiskinan dan kehilangupayaan. Program yang dianjurkan sebegini perlu diteruskan sepanjang masa. Bantuan perlu disalurkan dengan menggunakan kemudahan yang ada dan melalui instituisi seperti Pusat Urus Zakat, ADUN, Ahli Parlimen, JKKK dan sebagainya. Sesungguhnya kemiskinan itu hampir-hampir membawa kepada kekufuran (maksud sebuah hadith) dan oleh itu muslimat wajib melaksanakan tugas untuk membasmi kemiskinan khususnya di Permatang Pauh kerana ini adalah juga usaha untuk menyelamatkan akidah umat manusia. Kerja ini bukanlah untuk tujuan politik semata-mata tetapi ia adalah lebih besar lagi disisi Allah. Mudah-mudahan usaha ini menjadi amal soleh di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini dan mudah-mudahan juga para penyumbang mendapat ganjaran yang besar.