Sekitar program bersama Cikgu Normala Sudirman : 15-16 Mac 2011
Program bermula dengan motivasi dari Cikgu Mala "Menjana kecemerlangan Pelajar" di Dewan Hj.Zabidi pada 15.3.2011 (selasa) jam 9.30 pagi. Anjuran bersama Muslimat PAS cawangan To' Kandu
Program Hi Tea "Sepetang bersama Cikgu Mala" pada jam 5.00 ptg 15/3/2011, yang diadakan di Pasti Hj. Idris dengan kerjasama PAS cawangan kampung Masriyah
Malamnya pula Cikgu Mala berceramah di Pejabat ADUN Permatang Pasir. Turut serta sebagai penceramah ialah Pn. Aida Yusuf Rawa (Exco Dewan Muslimat PAS Pusat) dan Tn. Hj. Omar Hassan (YDP PAS kawasan Pmtg. Pauh)
Esok paginya 16/3/2011, Cikgu Mala bersama rombongan AJK DMPKPP bergerak "Menjejak Pejuang" bermula dengan ziarah ke rumah "Umi" panggilan utk isteri Allahyarham Tn. Hj. Zabidi, antara pelopor dan aktivis PAS yang juga merupakan insan yang bertanggungjawab mencadangkan penubuhan dewan muslimat PAS
Cikgu Mala bersama Cikgu Timah, veteran muslimat PAS yang masih bersemangat menghadiri program-program PAS walaupun bertongkat
yang terakhir sekali, kami telah melawat Ustazah Atiqah, yang suatu waktu dahulu memegang pelbagai jawatan dalam Dewan Muslimat PAS di pelbagai peringkat dan sehingga sekarang masih aktif menyumbang tenaga dan ilmu kepada masyarakat setempat
No comments:
Post a Comment